“I don’t know my father. My relatives tell me about him but I have never seen him before, so I decided to come to Sarawak to see his grave.Sixty-five years ago, my father died in this land.His spirit has brought me.”Ken was a university professor in Tokyo and on his retirement in the 1950s, went to live in Penang for 10 years. He was very active in community work,serving and helping the disabled there.
Jejak kasih Ken nakazawa membuah hasil bila terjumpa orang orang yang mengenali keluarga nya terdahulu.Menurut ken nakawaza ayahnya pergi berkerja meninggalkan mereka di Tokyo pada tahun 1941.Inilah gambar ken semasa kecil yang duduk diriba ibunya,menurut ken ayahnya berkerja di kilang sawmill selalang sebagai manager sawmill dan jatuh cinta dengan perempuan berbangsa iban yang membawa ayahnya terus berkahwin dengan perempuan tersebut.Semasa kemaraan tentera jepun ke sarawak,ayahnya telah menjadi rekrut tentera jepun secara paksaan tanpa latihan.Ayahnya menjadi tentera tidak terlatih,bila tentera Jepun mara ke Roban di Betong,ayahnya ditangkap di rumah panjang disana dan dibunuh oleh orang Jepun sendiri semasa itu oleh tali barut Jepun kerana di syaki memberi maklumat kepada ketua pahlawan Operasi Ant.Secara tidak langsung isterinya yang berbangsa iban terbunuh juga kerana mempertahankan suaminya iaitu ayah ken dari dibunuh oleh tali barut japanese.Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945,keluarga Ken di Tokyo mendapat surat dari pihak tentera Jepun yang mengatakan ayahnya telah meninggal dunia di Sarawak dan memberitahu ayahnya telah dikuburkan di Sarawak.Kedatangan Ken ke Sarawak kerana ingin mengesan kubur ayahnya dimana dan mengatakan ingin mencari keturunan ayahnya yang telah mempunyai tali ikatan kasih dengan isteri ayahnya yang berbangsa Iban tersebut sebagai family baru nya di Sarawak.Ken menjadi seorang professor di salah sebuah university terkemuka di Jepun pada masa ini.Menurut Ken,dia ingin mati disini dan dikuburkan di Sarawak kerana ingin rohnya bersama roh ayahnya disini juga.Tanah air ku,tanah tumpah darahku,tanah tempatku mencari rezeki,tanah air ku yang tercinta,sanggup ku bergadai nyawa dari kehilangannya.

No comments:
Post a Comment